Sunday, October 13, 2013

Pencarian bermula!

Hari ni saya sedang melakukan pencarian untuk kerja-kerja berkaitan freelance. Telah banyak iklan dan website yang saya kunjungi di Malaysia ini namun belum ada yang saya yakin untuk sertai kerana kemungkinan penipuan berlaku.Kononnya kerja menaip di rumah tapi rupanya menggunakan nama kerja menaip untuk kepentingan diri. Ingat ya, buat duit dengan cara ini tak berkat. Anda mesti tertanya-tanya kerja apa yang saya maksudkan di sini? Yang saya maksudkan adalah DataTypeVision. Ini adalah scam atau fraudulent atau penipuan yang berselindung di sebalik kerja data entry. Jangan tertipu ya kawan-kawan. Mereka ini akan meminta bayaran untuk kononnya membimbing orang untuk membuat kerja data entry tetapi apa yang mereka akan bagi itu sebenarnya bukanlah bimbingan yang sebenarnya. Bimbingan yang sebenarnya adalah garis panduan bagaimana seseorang itu boleh melakukan kerja data entry. Mereka kononnya memberi ebook bimbingan tetapi sebenarnya ebook itu jugalah yang kita akan jual kepada orang lain dan orang lain akan jual benda yang sama dan seterusnya. Nampak tak permainan ini? Sila rujuk blog ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang DataTypeVision.

Jadi, kita harus berhati-hati apabila hendak menyertai sesuatu kerja di internet. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

3 comments:

  1. assalamualaikum solehah...
    awak masih aktif lg dengan freelance?? tolong ler ajar sy cara bid kje

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum solehah...
    awak masih aktif lg dengan freelance?? tolong ler ajar sy cara bid kje

    ReplyDelete
  3. GR5Ti Titanium Artisan Woodworking Tool (Sledgehammer)
    This wood tool, for carving microtouch titanium wood with stainless steel or oakley titanium sunglasses plastic, is made titanium framing hammer from our classic design titanium plate flat iron elements like titanium max trimmer wood, iron,

    ReplyDelete