Sunday, October 13, 2013

Permulaan ekspidisi

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Diharapkan semuanya sihat selalu. Blog ini diwujudkan untuk menceritakan perjalanan kerja saya sebagai freelance di internet. Pada saat entri ini ditulis, saya sedang berniat untuk menjadi freelance. Kiranya ini adalah sebagai permulaan untuk saya menjana pendapatan melalui internet. Ekspidisi ini diharapkan memberikan seribu satu pengalaman untuk saya meningkatkan kemahiran diri. Pada saat ini, kemahiran diri saya adalah sedikit berkaitan komputer dan internet. Mungkin selepas ini saya akan banyak belajar berkaitan kemahiran komputer dan internet. jobdirumah.com

Kemahiran yang saya miliki sekarang termasuklah:
- Microsoft Word 2010
- Microsoft Power Point 2010
- Adobe Photoshop 7.0
- Microsoft Excel (kurang) 2010
- Microsoft publisher 2010

Manakala bidang kerja yang saya berkebolehan adalah:
- Menaip (31 perkataan per minit)
- Design logo (amatur)
- Design grafik (amatur)
- Penterjemahan (amatur)

Setakat ini dulu kemahiran yang saya berani cakap saya boleh. Oleh itu, saya sedang mencari kerja sesuai dengan kemahiran yang saya ada. Setakat ini, di dalam fikiran saya adalah Data Entry. Apa itu Data Entry? Data Entry adalah satu bidang di mana kerjanya asyik menaip, menaip dan menaip. Haha.

Demikian itu, saya sedang mencari kerja yang berkaitan data entry. Wish me luck!

No comments:

Post a Comment